Cerita Gadget

Jom bercerita tentang gadget, dan info berkaitan di sini.


Handphone Murah Pilihan Saya

Pada page ini saya ingin menunjukkan kepada anda handphone murah pilihan saya dan mengapa saya memilih handphone tersebut. Terlebih dahulu ingin saya tekankan disini yang dimaksudkan murah dalam pilihan saya kali ini ialah yang berharga dibawah RM550 namun memiliki fungsi yang cukup menarik. Atau dalam kata yang lain ialah cost-effective smartphone.

 

Handphone tersebut ialah Ulefone Metal. Saya pasti rata-rata di antara anda mungkin jarang mendengar model bahkan jenama ini sekalipun? Untuk pengetahuan anda Ulefone adalah syarikat pembuat telefon yang bertapak di China. Mungkin ianya lebih baru di dalam dunia smartphone berbanding pesaing-pesaing lain dari negara yang sama, namun ianya tidak menghalangnya untuk menghasilkan smartphone yang berkualiti tinggi.

 

Spesifikasi :

Jenama CPU : MediaTek CPU
CPU : 6753
Jenis CPU : octa-core
CPU frequency : 1.3Ghz
OS : Google Android 6.0
Jenis Produk : 4G phone

RAM : 3GB

ROM : 16GB

Tambahan Memori Luaran : Sehingga 128GB

Slot kad sim :  2 slot(1 micro sim, dan satu nano sim)

Skrin : 5 inci

Resolusi : 720p

Kamera Belakang : 8MP menggunakan sensor Sony IMX149

Kamera depan : 2MP

Bateri : 3050mAh

 

Jadi berdasarkan spesifikasi yang anda lihat, anda pastinya terkejut dengan harga yang ditawarkan. Ianya cuma $119.99 atau RM500+-

 

Dengan dilengkapi android terbaru, RAM 3GB pastinya ia membantu sedikit sebanyak dalam kelancaran penggunaan smartphone ini. Saya berharap anda berpuas hati dengan cadangan saya ini. Sebarang komen dan pendapat adalah di alu-alukan(boleh menggunakan contact form. Terima kasih.

Free homepage created with Beep.com website builder
 
The responsible person for the content of this web site is solely
the webmaster of this website, approachable via this form!